Monday 17 November 2014

Permulaan baru

Dalam hidup, kita mesti ada matlamat. Jadi, aku pn cuba cari matlamat hidup aku sejak aku umur 25 tahun. 2 tahun aku betapa dekat gua. Akhir skali, aku dah jumpa satu matlamat hidup aku. Aku nak jadi jutawan sebelum umur 40 tahun. Sebab apa tak 50 tahun atau 60 tahun? Sebab aku stress dengan kerja aku. Jadi aku igt nak bersara bila dah umur 40 tahun. Ak nak duduk relax kat rumah ditemani secawan kopi radix. Mai sechawan. Tudia. Sekarang aku dah 27. Tinggal lagi 13 tahun lagi. Aku tahu, kalau kerja makan gaji memang konfem tak boleh punya. Jadi aku pun fikir cara lain untuk buat duit. Pertama skali, aku cuba buat duit melalui kereta sewa. Pulangan lumayan. Tapi masalahnya bila berlaku kemalangan, nak claim insuran payah. Aku dah la buat secara haram. Lepas tu, customer pulak tak nak bayar. Malas nak bergaduh aku bayar saja sendiri. Tolak kos kerugian, maintainance, road tax ansuran bulan kereta, aku dapat la untung bersih dalam RM3000. Boleh tahan sebab aku buat pun dalam 4 ke 5 bulan sahaja. Kira sebulan aku dapat dalam side income dalam RM600.

Lepas tu aku ingat nak buat home stay. Aku rasa memang laku kalau buat memandangkan kawasan aku dekat dengan universiti, hotel, shopping complex, kedai makan, kedai 24 jam, bank dan balai bomba(tiba-tiba. haha..) Tapi, aku terpaksa hold dulu rancangan aku sebab nak buat homestay dekat rumah aku tu mesti la kena cari rumah lain dulu. Tu masalahnya. Aku pulak duduk kat area pulau kat Pulau Pinang. Rumah kat sini harga xmasuk akal. Memang aku kena duduk bawah jambatan Pulau Pinang saja la kalau aku nak teruskan buat homestay jugak. haha..

Lepas tu aku fikir lagi macam mana nak cari pendapatan tambahan.(Mungkin pembaca dah mula perasan sekarang yang aku ni seorang pemikir. chewah. haha..) Tak la. Aku tak fikir pun, tiba-tiba satu hari ada member aku ajak main saham kat group whatsapp sekolah aku. Aku pun mula la berjinak-jinak pasal saham ni. Aku mula beli buku pasal saham. Lepas baca, ak telah mengesahkan diri aku ni memang berminat tentang saham. Aku belajar banyak dari buku tu dan mula nak praktikkan ilmu yang aku dapat dalam pasaran saham yang sebenar.

Long story short, aku gagal. sekarang ni aku rugi lagi banyak daripada untung. tapi kerugian tu masih di atas kertas ataupun bahasa saham dia panggil unrealized loss. Maksudnya selagi kita tak jual, kita masih tak rugi dalam bentuk wang tunai. Mana nak tahukan saham tu naik balik ka nanti. Ada banyak kesilapan yang aku buat masa main saham ni. kalau aku ada masa nanti aku akan crita untuk panduan pembaca blog ni supaya tak melakukan kesilapan yang sama. Cukup la dulu setakat ini. First entry tulis panjang-panjang rasa syok sendiri pulak. haha..